PULAU PINANG – Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang (LMPP) tidak terlibat dalam perjumpaan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang diadakan di sini minggu lalu. Presidennya, Datuk Najmudeen Kader berkata, gabungan itu bersama Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) mempunyai platform tersendiri dalam menyuarakan dan membawa isu-isu berkaitan umat Islam dan orang Melayu, bumiputera serta India Muslim di negeri ini termasuk bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir…









