Letupan ladang Jerman dipercayai bom perang - Utusan Malaysia

Letupan ladang Jerman dipercayai bom perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 25 Jun – Letupan misteri yang menggegarkan pekan Ahlbach ketika penduduknya sedang tidur kelmarin dipercayai berpunca daripada letupan bom Perang Dunia Kedua.

Lapor CNN, letupan kira-kira pukul 4 pagi waktu tempatan itu menyaksikan sebuah kawah besar terbentuk di ladang jagung dan polis Jerman dipanggil bagi menyiasat insiden tersebut.

Polis yang tiba di tempat kejadian kemudiannya memeriksa kawah bersaiz 10 meter lebar itu dengan kedalaman tiga meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap kerajaan tempatan, Johannes Laubach berkata, hasil pemeriksaan pihak berkuasa mengesahkan letupan tersebut berkemungkinan disebabkan oleh bom peningalan perang seberat 249 kilogram yang tidak meletup.

“Dengan adanya depot kereta api di sini, kawasan ini kerap menjadi sasaran serangan bom ketika penghujung Perang Dunia Kedua.

“Namun kami bersyukur kerana tiada peladang yang berada di kawasan ini ketika kejadian berlaku,” katanya.

Pakar memberitahu bom yang ditinggalkan 
akan meletup dengan sendirinya selepas peledaknya terurai.

Bom lama sering ditemukan di Jerman dengan ratusan bahan peledak dijumpai setiap tahun.

Pada September tahun lalu, kira-kira 60,000 penduduk di Frankfurt terpaksa dipindahkan apabila sebuah bom seberat 1360 kg ditemukan di kawasan berlenaan.

Pada Mei lepas pula, 50,000 penduduk Hanover dipindahkan selepas sebuah bom ditemukan di lokasi pembinaan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini