HAMPIR setiap hari kita akan membaca di pelbagai media kisah pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan oleh pihak berkuasa. Di beberapa tempat di Kuala Lumpur misalnya, ramai warga asing berkumpul sehingga masyarakat tempatan menganggap kawasan tersebut sebagai pekan kecil di Bangladesh, Filipina atau Indonesia. Ada pula kawasan seolah-olah dikuasai warga Afrika apabila ramai di antara mereka menyewa rumah atau apartment di kawasan berkenaan. Ini mewujudkan kebimbangan rakyat tempatan yang mempersoalkan…










