Lemang Pandan Haji Yusof penuh kasih sayang - Utusan Malaysia

Lemang Pandan Haji Yusof penuh kasih sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang esok antara sajian pilihan warga bandar raya ini adalah Lemang Pandan Haji Yusof yang beroperasi tidak jauh dari Terminal Bas Seksyen 17.

YUSOF MUSBAH
YUSOF MUSBAH 

Menurut pemiliknya, Yusof Musbah, lemang pandan yang dihasilkan sangat unik kerana proses penyediaan dan memasak lemang tersebut melibatkan ahli keluarga beliau dan jiran tetangga seramai 10 orang.

“Lemang ini berperisa pandan dan disediakan dengan penuh kasih sayang oleh ahli keluarga saya dan jiran tetangga. Proses menyediakan lemang dan memasak rendang daging resepi Pahang melibatkan anak-anak, menantu dan cucu saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini arwah isteri saya yang meninggal dunia beberapa bulan lalu menjadi penyelia kepada proses menyediakan lemang dan rendang daging ini. Namun kali ini tugas tersebut diambil oleh menantu saya,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Yusof berkata, selain ahli keluarga, beliau turut mengupah beberapa pekerja untuk melicinkan operasi membakar lemang yang boleh mencecah 1,000 batang sehari.

Mengulas mengenai masalah untuk menampung permintaan lemang pandan yang meningkat menjelang 1 Syawal katanya, keadaan cuaca yang tidak menentu menjadi kerisauan.

Tambahnya, selain lemang pandan yang berharga antara RM16 hingga RM18 mengikut saiz pihaknya juga turut menjual rendang dan serunding daging.

Habis….

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini