Lemang Pandan Haji Yusof inovasi dari citarasa Pahang - Utusan Malaysia

Lemang Pandan Haji Yusof inovasi dari citarasa Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM -Setiap kali menjelang Aidilfitri, Lemang Pandan Haji Yusof di Seksyen 17 antara gerai pilihan warga bandar raya mendapatkan juadah tradisi itu.

Menurut pemiliknya, Yusof Musbah, lemang pandan merupakan juadah tradisional citarasa Pahang dan telah melalui proses Inovasi dari segi resepi dan memasak sehingga menghasilkan rasa unik. 

Katanya, lemang-lemang itu juga dilakukan hasil kerjasama antara 10 orang ahli keluarganya termasuk menantu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah mengusahakan perniagaan lemang ini sejak lapan tahun lalu dan sambutannya amat menggalakkan. 

 Menjelang Aidilfitri, hasil jualan lemang mencecah 1,000 hingga 1,500 batang sehari,”katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Jelas Yusof,  lemang pandan dijual di antara harga RM16 hingga RM 18 mengikut saiz pihaknya. 

Tambahnya, pihaknya turut menjual rendang dan serunding daging dengan harga antara RM10 hingga RM 15 bagi 200 gram. 

Mengulas mengenai masalah untuk menampung permintaan lemang pandan yang meningkat menjelang 1 Syawal katanya, keadaan cuaca yang tidak menentu menjadi kerisauan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini