SHAH ALAM -Setiap kali menjelang Aidilfitri, Lemang Pandan Haji Yusof di Seksyen 17 antara gerai pilihan warga bandar raya mendapatkan juadah tradisi itu. Menurut pemiliknya, Yusof Musbah, lemang pandan merupakan juadah tradisional citarasa Pahang dan telah melalui proses Inovasi dari segi resepi dan memasak sehingga menghasilkan rasa unik. Katanya, lemang-lemang itu juga dilakukan hasil kerjasama antara 10 orang ahli keluarganya termasuk menantu. “Saya telah mengusahakan perniagaan lemang ini sejak lapan tahun lalu dan sambutannya amat menggalakkan. Menjelang Aidilfitri, hasil jualan lemang mencecah 1,000 hingga 1,500 batang sehari,”katanya ketika ditemui di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya