Lelaki puja tokong dibebaskan - Utusan Malaysia

Lelaki puja tokong dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI – Seorang nelayan lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemujaan Tokong Dato Kong di Tanjung Piandang di sini semalam, akan dibebaskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pasukan siasatan dari Bukit Aman akan menjalankan siasatan dan permohonan reman ke atas lelaki itu yang sepatutnya dikemukakan di Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini dibatalkan.

Katanya, suspek yang berumur 43 tahun dari Tanjung Piandang dijangka dibebaskan dengan jaminan polis dalam tempoh 24 jam atau sebelum 7 malam hari ini atau selepas siasatan selesai dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kes ini tidak terhenti di sini kerana siasatan daripada pelbagai aspek akan diteruskan terhadap suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Omar Bakhtiar berkata pihaknya telah menahan suspek  setelah dia datang menyerah diri di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian pada 5 petang semalam.

Nelayan itu ditahan bagi membantu siasatan kes pemujaan Tokong Dato Kong di Taman Piandang Indah, Tanjung Piandang yang tular di media soaial baru-baru ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini