MIAMI – Seorang lelaki Florida yang menyamar seperti kerabat diraja Arab Saudi sejak tiga dekad lalu dan menipu orang ramai sebanyak AS$8 juta (RM33 juta) dihukum penjara 18 tahun kerana penipuan, lapor pihak berkuasa kelmarin. Anthony Gignac, 48, mengumpul kekayaan menerusi penipuan diraja membabitkan surat tauliah diplomatik palsu dan diiringi satu kumpulan pengawal peribadi. Dia dilaporkan menyamar sebagai Putera Khalid Bin Al-Saud dan tinggal dalam kondominium di Pulau Fisher, Miami…










