Lelaki maut kereta terbabas - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala ke pusat bandar berhampiran Markas Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.39 pagi itu, mangsa maut di lokasi kejadian selepas parah di bahagian kepala

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca selepas kereta Perodua Axia dipandu lelaki berusia 30-an itu hilang kawalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan keterangan saksi yang berada di belakang kenderaan dipandu mangsa, kereta itu terbabas sendiri lalu melanggar tembok batu di bahu jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Zulkefly, pemeriksaan terhadap mangsa tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

“Semakan mendapati, kereta ini didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat perkhidmatan sewa kereta beralamat di Bandar Sunway, Selangor.

“Bagaimanapun, hasil semakan lanjut mendapati alamat berkenaan tidak wujud seperti didaftarkan pada rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” ujarnya.

Sehubungan itu, Zulkefly memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini