Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya - Utusan Malaysia

Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Seorang lelaki hilang dikhuatiri diserang buaya ketika memancing di sungai dalam sebuah ladang di Jalan Temenggung di sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan hari ini berkata, Rudy Gessa, 44, yang merupakan warga Indonesia dipercayai keluar memancing pada 4 petang, semalam.

Menurutnya, pihak bomba menerima laporan berhubung kehilangan lelaki itu pada pukul 8.02 pagi, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini