LANGKAWI – Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan polis kerana disyaki memiliki senjata buatan sendiri menyerupai senapang di rumahnya di Jalan Bukit Lembu, Kedawang di sini semalam. Suspek ditahan dalam serbuan Ops Sepadu kira-kira pukul 11.45 malam. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, sepasukan anggota membuat pemeriksaan ke atas rumah suspek dan menemui selaras senjata buatan sendiri menyerupai senapang. “Hasil siasatan awal, lelaki itu mengaku senjata tersebut miliknya dan turut mengaku membuatnya sendiri dengan meniru cara pembuatan senjata berkenaan menerusi YouTube,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya