NEW DELHI 25 Jun – Polis India menahan seorang lelaki dan sedang mengesan beberapa yang lain kerana didakwa ‘menyeksa’ seorang lelaki Islam yang kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan dialami. Al-Jazeera melaporkan, rakaman video selama 10 minit yang tular dalam media sosial menunjukkan Tabrez Ansari, 24, dipukul sekumpulan lelaki minggu lalu selepas disyaki mencuri di daerah Kharsawan, di negeri Jharkhand. Rakaman video juga menunjukkan Tabrez diikat pada tiang selain dipaksa melafazkan…









