Lelaki cekik ayam jantan diburu - Utusan Malaysia

Lelaki cekik ayam jantan diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Seorang lelaki berusia 20-an diburu selepas video memaparkan dia mencekik seekor ayam jantan dalam kejadian yang dipercayai berlaku di daerah ini tersebar menerusi media sosial sejak Sabtu lalu.

Berdasarkan video berdurasi 13 saat terbabit, suspek yang dikelilingi beberapa lelaki lain dipercayai kawan-kawannya didapati telah mencekik leher ayam jantan terbabit tanpa diketahui motifnya sehingga menyebabkan haiwan itu mengalami kekejangan.

Video yang tular berkenaan mendapat kecaman pelbagai pihak itu turut menarik perhatian Persatuan Haiwan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Dr. Mohd. Termizi Ghazali berkata, pihaknya mengecam perbuatan pemuda terbabit dan telah melakukan siasatan berhubung kes tersebut.

“Perbuatan sengaja mencekik ayam tersebut sangat tidak tidak bertanggungjawab walaupun dengan niat hanya untuk bergurau. Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri juga telah mendapat desakan Persatuan Haiwan Malaysia untuk mengambil tindakan tegas berhubung kes tersebut.

“Sehubungan itu, kami amat memandang serius insiden berkenaan dan sedang mengumpulkan maklumat bagi mengenal pasti identiti pelaku perbuatan terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini