Lelaki 100 tahun kongsi pengalaman Aidilfitri zaman Jepun - Utusan Malaysia

Lelaki 100 tahun kongsi pengalaman Aidilfitri zaman Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR – Berhari raya di zaman penjajahan Jepun antara pengalaman yang dilalui oleh seorang lelaki berusia 100 tahun, Amri Hassan.

AMRI Hassan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang dekat Parit
AMRI HSSAN

Dilahirkan pada 1 September 1918, Amri kini menetap di Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang di sini.

Menurut Amri, ketika Jepun menakluki negara pada tahun 1940-an, Aidilfitri tetap dirayakan tetapi diselubungi rasa takut dan cemas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ini kerana tentera Jepun tidak suka penduduk merayau atau bergerak secara kumpulan.

Jelasnya, tentera Jepun sentiasa berada di mana-mana sahaja menyebabkan dia dan rakan-rakannya takut untuk keluar berhari raya.

“Tapi disebabkan kami memakai baju Melayu dan berkopiah hitam bagi lelaki dan perempuan pula berbaju kurung dan berselendang, tentera Jepun faham penduduk berhari raya.

“Masa itu nak main meriam buluh tentera Jepun melarang kerana mereka takut mendengar bunyi letupan meriam buluh kononnya membawa ancaman kepada mereka.

“Kalau nak berhari raya pun tak boleh berkumpul ramai-ramai kerana tentera Jepun mengesyaki penduduk ada agenda,” katanya.

Menurut Amri, setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali ke negara ini, Aidilfitri diraikan dengan meriah.

“Zaman orang putih lain sikit, penduduk bebas ke sana sini malah ada ada askar orang putih yang tumpang raya sama. Mereka makan kuih tradisional kita,” katanya.

Menurutnya, generasi hari ini bertuah kerana dapat hidup aman dan merayakan Aidilfitri dengan meriah.

“Hargailah dan peliharalah keamanan yang dinikmati hari ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini