Latheefa tidak lagi anggota PKR - Saifuddin - Utusan Malaysia

Latheefa tidak lagi anggota PKR – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Jun – Ibu Pejabat PKR sudah menerima surat pengunduran Latheefa Beebi Koya sebagai ahli parti itu, Isnin lalu, susulan pelantikannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, surat tersebut melalui e-mel ditujukan kepada presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Berhubung statusnya sekarang ketika saya memberi kenyataan ini, kami menganggap beliau bukan anggota parti,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Kompleks di Seri Perdana, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh kerana Anwar baru kembali dari Arab Saudi selepas menunaikan Umrah, beliau tidak membaca e-mel tersebut,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pelantikan Latheefa dibuat mengikut saluran yang memenuhi keperluan perlembagaan.

“Beliau juga melepaskan keanggotaannya dalam PKR. Jadi pada saya beliau telah memenuhi syarat-syarat utama yang diperlukan,” katanya yang juga Menteri Luar.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan, memaklumkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Latheefa menggantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull yang memohon memendekkan kontrak beliau lebih awal daripada yang sepatutnya pada 17 Mei 2020. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini