KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan satu langkah positif bagi memantapkan usaha mereformasi institusi terutama SPRM. Presiden Parti Negara, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, ini kerana Latheefa mempunyai rekod sebagai seorang yang berpegang teguh kepada prinsip khususnya kepada undang-undang yang tegas tanpa sebarang kompromi. “Ciri-ciri ini menjadi elemen penting dalam menerajui sebuah badan yang berdepan dengan isu rasuah…










