KUALA LUMPUR – Latheefa Koya dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-14 di Istana Negara, pagi ini.
Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenankan permohonan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau lebih awal yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.-UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











