PONTIAN – Merajuk selepas dimarahi bapa kerana ponteng sekolah menjadi punca dua beradik melarikan diri dari rumah keluarga di Flat A Taman Megah di sini Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, Mohd. Adam Mohd. Taufik, 16 bersama adiknya Mohd. Fairus, 12, ditemui sedang tidur di Surau Flat Jasa, Mutiara Rini Johor Bahru kira-kira pukul 4.30 pagi hari ini. “Soal siasat awal mendapati kedua-dua pelajar ini…









