IPOH – Penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam tidak boleh dianggap gagal walaupun sehingga kini belum ada perokok dikenakan saman seterusnya didakwa di mahkamah. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, ini kerana langkah penguatkuasaan yang diambil bertujuan mendidik perokok agar menghormati undang-undang sebagai langkah positif ke arah meningkatkan tahap kesihatan. Menurutnya, pendekatan mendidik sedemikian akan diteruskan sehingga penghujung tahun nanti sebelum disusuli langkah berikutnya. “Bermula 1 Januari tahun…










