Laporan qazaf sudah cukup - Utusan Malaysia

Laporan qazaf sudah cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 18 Jun – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membayangkan bahawa beliau tidak perlu membuat sumpah laknat berhubung penularan video seks songsang yang mengaitkan dirinya dengan Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdul Aziz.

Ini adalah berikutan Setiausaha Politiknya, Hilman Idham telah membuat laporan qazaf (tuduhan zina) di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dekat sini baru-baru ini.

“Sebab itu saya buat laporan qazaf dan ada prosesnya. Biarlah proses berjalan dan saya ambil tindakan berdasarkan nasihat peguam dan pihak yang memberi pandangan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini perlu dilakukan dan kita harus benarkan siasatan ini berjalan dan tidak mengganggu dengan kenyataan dan tekanan-tekanan kepada pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan,”katanya kepada penberita selepas ditemui dalam majlis Menandatangani Perjanjian antara Konsortium PCSB-MGB dan Must Ehsan Development Sdn. Bhd. untuk membangunkan Rumah Idaman Rakyat Selangor.

Mengulas lanjut berhubung perbuatan penyebaran video tersebut, Timbalan Presiden PKR itu yakin perbuatan itu adalah tindakan konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkannya dilakukan orang dalam.

Malah, Mohamed Azmin turut menyerahkan kepada rakyat membuat hukuman berhubung perkara tersebut.

“Ini adalah agenda politik individu tertentu yang mahu menyekat kemaraan dan prestasi dalam kerajaan dan politik hari ini.

“Saya yakin umum telah pun lihat siapakah dalang dalam hal ini. Biar polis jalankan siasatan dan saya kira tidak adil sekiranya mana-mana individu buat kenyataan yang boleh menganggu siasatan,” ujarnya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin menjelaskan, pihak polis telah mengambil keterangannya berhubung laporan polis yang dibuat Hilman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia.

“Saya menyatakan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam menjalankan siasatan siasatan atas dakwaan kejam dan jahat.

“Ketika polis mengambil keterangan Hilman saya berada di Pulau Pinang. Sekembalinya, saya memberi keutamaan untuk merakam keterangan semalam berhubung laporan polis tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini