Lapan kereta musnah dalam kebakaran bengkel - Utusan Malaysia

Lapan kereta musnah dalam kebakaran bengkel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN – Lapan buah kereta musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Maharajalela di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Azroisan Wahab berkata, sekumpulan anggota dihantar ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.16 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, setibanya di lokasi tersebut, didapati api sedang marak dengan lapan buah kereta pelbagai jenis terbakar lebih 90 peratus.

“Operasi memadam kebakaran segera dilakukan dengan menggunakan dua aliran ‘hose reel’ dari pili bomba sehingga api berjaya dipadamkan.

“Kejadian kebakaran itu tidak menjejaskan bengkel berkenaan sebaliknya hanya mebabitkan kereta-kereta pelanggan sahaja. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan operasi tamat pada pukul 6.25 pagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini