Lantikan Vivy Yusof pertimbangan profesional UiTM - Utusan Malaysia

Lantikan Vivy Yusof pertimbangan profesional UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelantikan usahawan e-dagang Datin Vivy Yusof sebagai ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan keputusan lembaga pengurusan universiti itu, kata Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Beliau berkata, keputusan UiTM itu berdasarkan pertimbangan profesional dengan melihat potensi Vivy sebagai seorang usahawan berjaya di samping boleh memberi suntikan semangat kepada pelajar UiTM.

“Saya dimaklumkan lembaga pengurusan universiti bahawa beliau (Vivy) mempunyai pengaruh besar dalam kalangan anak muda, dan dilihat sebagai ikon untuk mereka maju.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelantikan ini juga melihat kepada potensi UiTM membangunkan bidang keusahawanan selain peluang yang boleh dibawa oleh Vivy ke UiTM,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini ketika diminta mengulas pelantikan Vivy yang dipertikai beberapa pihak.

Dilaporkan wakil Alumni Keusahawanan UiTM Ahmad Muzakkir Hamid menyifatkan pelantikan itu ibarat ‘menolak’ kredibiliti lebih 800,000 alumni institusi berkenaan.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim berkata, pihaknya yakin pelantikan Vivy yang merupakan Ketua Pegawai Kreatif di FashionValet serta pengasas bersama The dUCk Group akan memberi inspirasi kepada pelajar universiti itu dalam meneroka peluang perniagaan baharu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini