PUTRAJAYA – Kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak dalam isu pelantikan enam anggota Pasukan Petugas Khas (PPK) yang akan menyiasat kes kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh Keng Joo. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sebarang aduan dikemukakan pihak tertentu berhubung pasukan berkenaan akan diteliti kerajaan sebelum ditambah baik. “Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak, ada yang gembira dan ada yang tidak. “Saya…










