Lampard kembali ke Chelsea - Utusan Malaysia

Lampard kembali ke Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Frank Lampard bakal pulang ke pangkuan Chelsea sebagai pengurus dalam tempoh 48 jam.

Menurut media tempatan, talkSPORT, bekas pemain tengah The Blues itu akan kembali ke Stamford Bridge bersama penolongnya di Derby yang juga merupakan bekas pemain Chelsea, Jody Morris dengan peranan mereka akan diumumkan dua hari lagi.

Lampard, 41, merupakan calon pilihan untuk membimbing Chelsea selepas Maurizio Sarri meletakkan jawatannya bagi menyertai juara Seria A, Juventus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas pemain England itu hanya membimbing Derby semusim namun Lampard hampir membantu pasukannya dinaikkan taraf ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Derby tewas kepada Aston Villa dalam final playoff Kejohanan di Wembley pada 27 Mei lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini