LONDON – Frank Lampard sedia membincangkan tentang minat Chelsea yang mahukannya menjadi pengendali mereka, dengan Derby County berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Spekulasi berhubung kepulangan legenda Blues tersebut ke Stamford Bridge sedang rancak diperkatakan bagi menggantikan pengendali terdahulu, Maurizio Sarri, yang berhijrah ke Juventus. Derby bersetuju untuk memberi ruang kepada pemain berusia 41 tahun itu berbincang dengan Chelsea. “Derby County memberikan kebenaran untuk Frank Lampard mengadakan perbincangan dengan…










