Laman web periksa peniaga dalam talian - Utusan Malaysia

Laman web periksa peniaga dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jun – Orang ramai khususnya penggemar membeli barangan dalam talian kini boleh memeriksa kesahihan setiap urusniaga perniagaan di internet menerusi laman web, ccid.rmp.gov.my/semakmule .

Jabatan Penerangan berkata, laman web tersebut telah dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyemak nombor telefon dan nombor akaun bank sebelum sebarang urusan transaksi dilakukan.

“Laman web, http://ccid.rmp.gov.my/semakmule merupakan platform untuk membantu mengurangkan kes penipuan pembelian dalam talian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anda boleh membuat semakan sama ada menerusi nombor telefon atau nombor akaun bank tersebut mempunyai rekod dengan pihak polis atau tidak,” katanya dalam status yang dimuatnaik di akaun rasmi jabatan tersebut, hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di laman web tersebut mendapati lebih sejuta carian telah dibuat sehingga pukul 8 malam ini.

Selepas memasukkan maklumat yang dikehendaki, ruang maklumat akan menjelaskan sama ada terdapat laporan dibuat ke atas nombor akaun atau nombor telefon tersebut.

Sekiranya tiada sebarang laporan ke atas dua nombor berkenaan, laman web tersebut akan menasihatkan orang ramai supaya kekal berwaspada. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini