Laman sosial bantu lariskan jualan donat - Utusan Malaysia

Laman sosial bantu lariskan jualan donat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUAH kedai donat yang pada mulanya tidak mempunyai pelanggan berubah sekelip mata apabila kuih-kuih yang dihasilkan habis dijual dalam tempoh 24 jam.

Anak lelaki kepada pemilik kedai Billy’s Donuts yang terletak di Missouri, Texas, Amerika Syarikat (AS) sebelum ini telah memuat naik keterangan di laman Twitter yang mendakwa bapanya sedang bersedih kerana kedai donat yang baru dibukanya tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

Susulan itu, ia telah menarik perhatian orang ramai dan meraih lebih 324,000 retweet.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bukan setakat itu sahaja, selepas kisah tersebut mula ditularkan, jualan donat Billy’s Donuts habis dijual dalam tempoh 24 jam.

Lebih membanggakan apabila majoriti pelanggan yang berkunjung ke Billy’s Donuts telah memberikan pandangan positif mengenai donat yang dijual.

Malah, ramai juga yang memuji layanan yang diberikan oleh pemilik kedai donat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini