Kucing pertama guna empat kaki palsu - Utusan Malaysia

Kucing pertama guna empat kaki palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 24 Jun – Seekor ku­cing yang kudung empat kaki akibat radang dingin atau frostbite mendapat kehidupan baharu selepas mampu berjalan semula dengan empat kaki palsu berikutan beberapa siri pembedahan yang dijalaninya.

Lapor RT News, penggunaan kaki palsu oleh kucing bernama Redhead dari Novosibirsk, Siberia itu menjadikannya sebagai haiwan pertama yang berjalan menggunakan empat kaki palsu.

Pakar Veterinar, Dr. Sergei Gorshkov berkata, selain kaki­nya, telinga Redhead turut diserang radang dingin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ekoran itu, doktor terpaksa memotong kesemua kaki kucing tersebut bagi mengelak serangan radang tersebut merebak ke bahagian lain Redhead.

Kata Gorshkov, selepas pulih, veterinar membuat persiapan pembedahan ke atas Redhead bagi memboleh­kannya berjalan semula.

“Kami membuat persiapan selama setahun kerana tidak pernah ada kes seumpama ini di dunia apabila seekor ku­cing menggunakan empat kaki palsu,” kata Gorshkov.

Selepas menjalani pembedahan, Redhead dilihat gembira dan melompat-lompat dengan empat kaki baharunya yang diperbuat daripada titanium.

Redhead juga menggunakan kaki itu untuk mempertahankan dirinya daripada diserang kucing-kucing lain. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini