Kualiti udara stabil, sesi persekolahan diteruskan - Exco - Utusan Malaysia

Kualiti udara stabil, sesi persekolahan diteruskan – Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok di sini tidak dihentikan walaupun lebih 30 muridnya mengalami sesak nafas, loya dan muntah-muntah sebaliknya diteruskan seperti biasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, ini kerana bacaan udara yang dilakukan oleh Pasukan Bantuan Kecemasan Bersama Pasir Gudang (Pagema) menunjukkan paras bacaan normal dan selamat di SK Kopok.

“Bacaan udara masih berada dalam keadaan selamat. Justeru, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seperti sedia maklum, kebanyakan pelajar yang terkena serangan ini adalah pelajar yang duduk di tingkat atas bangunan sekolah. Bagi mengelakkan situasi sama berulang, kita akan memastikan sesi pembelajaran tidak dijalankan di tingkat tiga dan empat bangunan,” katanya dalam sidang akhbar di sekolah itu sebentar tadi.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz.

Beliau berkata, seramai 30 pelajar termasuk tiga guru di beberapa sekolah di sekitar Pasir Gudang dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan selepas mengalami simptom sesak nafas, loya dan muntah-muntah sebentar tadi.

Katanya, laporan diterima pihaknya kira-kira pukul 10 pagi tadi melibatkan beberapa buah sekolah sama yang terjejas ekoran pencemaran bau minggu lalu.

“Murid yang terjejas melibatkan mereka yang duduk di tingkat tiga dan empat bangunan sekolah. Kesemua mereka telah dirujuk ke klinik kesihatan Masai dan Pasir Gudang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini