PASIR GUDANG – Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok di sini tidak dihentikan walaupun lebih 30 muridnya mengalami sesak nafas, loya dan muntah-muntah sebaliknya diteruskan seperti biasa. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, ini kerana bacaan udara yang dilakukan oleh Pasukan Bantuan Kecemasan Bersama Pasir Gudang (Pagema) menunjukkan paras bacaan normal dan selamat di SK Kopok. “Bacaan udara masih berada dalam keadaan selamat. Justeru,…