KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkann kadar dividen Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) pada tahun kewangan 2018 adalah sebanyak 14 peratus iaitu 6.5 peratus atas modal yuran dan 7. 5 peratus atas modal syer. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun semua ahli dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.-UTUSAN ONLINE










