KPDNHEP sita 5.5 tan minyak masak - Utusan Malaysia

KPDNHEP sita 5.5 tan minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita minyak masak bersubsidi dianggarkan berjumlah 5.5 tan metrik di sebuah premis pemborong dekat sini semalam.

Sitaan itu dilakukan selepas pemborong didapati telah melanggar peraturan dengan menyimpan stok melebihi dua tan metrik dalam satu-satu masa.

Kejayaan itu hadir selepas KPDNHEP negeri ini dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan Pahang berjaya menahan sebuah kenderaan Thailand dalam satu operasi sekatan jalan raya di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Pejabat KPDNHEP negeri, Adnan Abd Rahman berkata, berkata, pada operasi itu KDPNHEP dan PGA Batalion 7 Kuantan telah berjaya merampas 1,105 kg minyak masak paket dan 240 kilogram tepung gandum yang telah disorok dalam kenderaan bernombor plat Thailand.

Menurutnya, KPDNHEP dan PGA Batalion 7 Kuantan juga telah berjaya menahan pemandu dan pemilik barangan tersebut yang merupakan warga Thailand.

“Susulan itu, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas premis berkenaan mendapati pemborong telah melakukan kesalahan iaitu menyimpan stok barang kawalan melebihi had kuantiti yang dibenarkan.

“Selain itu, kita dapati pemiliknya telah menjual barang kawalan kepada orang yang tidak mempunyai lesen dan gagal menyelenggara buku stok dengan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Komanden PGA Batalion 7 Kuantan, Superintenden Azhari Nusi.

Adnan memberitahu, jika disabitkan kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, KDNHEP negeri akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan sempadan dalam membanteras aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi ke negara jiran.

Menurutnya, penyeludupan itu bukan sahaja melanggar peraturan malah menyebabkan rakyat tidak dapat menikmati subsidi diperuntukkan oleh kerajaan.

“Oleh itu kita amat mengaharapkan orang ramai dapat membantu menyalurkan maklumat kepada pihak kami dalam usaha membanteras aktiviti ini.

“Maklumat itu boleh disalurkan menerusi aplikasi WhatApp (019-2794317),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini