PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menguatkuasakan Garis Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan kepada pihak industri produk filem bermula 1 Julai tahun depan. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini, pihak industri diminta untuk mematuhi garis panduan pematuhan standard filem penghadang haba kenderaan secara sukarela bermula esok. “KPDNHEP akan mengesyorkan supaya setiap produk filem penghadang haba kenderaan yang akan dijual…










