KOM dapat presiden baharu - Utusan Malaysia

KOM dapat presiden baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mendapat presiden baharu apabila Datuk S. M. Muthu berjaya menewaskan penyandangnya, Datuk Karim Ibrahim pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu sebentar tadi.

Muthu yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Presiden KOM, mendapat 21 undi berbanding Karim dengan 18 undi pada pemilihan yang berlangsung di Majlis Olimpik Malaysia.

Ini menyaksikan KOM kini di bawak tampuk pimpinan baharu untuk penggal 2019 hingga 2022 sejak Karim menjawat tugas tersebut selama dua penggal bermula 2014 dahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi jawatan Timbalan Presiden menyaksikan Datuk Paduka Mumtaz Jaafar menang tanpa bertanding selepas pencabarnya, Datuk Seri Shahidan Kassim menarik diri.

Empat jawatan Naib Presiden pula dimenangi Mark Willean Ling, Rajemah Sheikh Ahmad, Fadzil A. Bakar dan Josephine Kang. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini