Klopp wajar dipuji - Pochettino - Utusan Malaysia

Klopp wajar dipuji – Pochettino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Jun – Mauricio Pochettino menyifatkan rakan sejawatannya, Jurgen Klopp wajar diberikan pujian selepas berjaya ke pentas final Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali walaupun tewas sebanyak dua kali.

Skuad kendalian Pochettino akan berdepan Liverpool di Wanda Metropolitano, Madrid.

The Reds mara ke final Liga Juara-Juara musim lalu namun tewas 1-3 kepada Real Madrid dengan skuad kendalian Klopp sebelum ini, Borussia Dortmund juga tewas di pentas final musim 2012-13.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Klopp adalah pengendali yang berjaya dan sentiasa optimis dengan kerjayanya.

“Ini adalah kali ketiga Klopp ke final dan dia seharusnya dinilai berdasarkan perkara ini dan bukan ketika dia tewas.

“Saya kagum kerana dia berjaya layak sebanyak tiga kali,” katanya.

Pochettino berasakan peluang Spurs muncul juara buat kali pertama dalam sejarah mereka bergantung kepada keupayaan pemain-pemain untuk menyerap tekanan lawan.

“Awak tidak boleh mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan aksi final Liga Juara-Juara.

“Tekanan aksi final ini sangat besar kerana saya berasakan seluruh dunia menantikannya.

“Jika kami berjaya menyerap tekanan pasukan lawan dan tekanan menghadapi aksi final, Spurs akan berjaya,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini