IPOH – Sektor pelancongan di Perak dijangka terus berkembang kerana pelbagai keunikan yang ditawarkan mampu memikat pelancong termasuk dari luar negara untuk memilih bercuti di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ketika ini Perak menerima kehadiran kira-kira tujuh juta orang setahun dan angka ini turut menyumbang kepada ekonomi negeri. Bagaimanapun kata beliau, banyak lagi usaha perlu dilakukan termasuk menggiatkan promosi menerusi kerjasama strategik dengan pihak-pihak tertentu…










