Ketulenan video seks mirip Azmin dalam siasatan - Utusan Malaysia

Ketulenan video seks mirip Azmin dalam siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis dalam proses mendapatkan keputusan berhubung ketulenan video seks yang didakwa pelakunya mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Ke­tua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor (gambar kecil) berkata, siasatan berhubung kes berkenaan masih dijalankan dan ada kemungkinan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Pihak polis dalam proses melengkapkan siasatan termasuk mengenal pasti ketulenan video berkenaan dan saya tidak boleh dedahkan maklumat terperinci yang boleh mengganggu siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk lengkapkan siasatan kerana kita mahu siasatan itu lakukan siasatan secara sempurna,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah terbaik Op Selamat 15 sempena Aidilfitri di Mes Pegawai Bukit Aman di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi ketera­ngan kepada polis kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kes video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

Peguamnya, N. Surendran memberitahu, ke­terangan itu diberikan bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat oleh Setiausaha Politik Mohamed Azmin, Hilman Idham yang menggesa supaya siasatan dibuat berhubung kes tersebut.

“Video itu adalah sera­ngan fitnah yang bermotifkan politik terhadap anak guam saya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Surendran, polis te­lah menghubungi Pejabat Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada Ahad lalu untuk merakamkan kenya­taan Mohamed Azmin sebagai sebahagian daripada pro­ses siasatan kes tersebut.

Jelasnya, dalang penyebaran video itu mempunyai akses kepada data peribadi ahli-ahli parti dan pihaknya percaya pihak berkuasa dapat menyiasat sepenuhnya termasuk mengenal pasti serta mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini