GUIMARAES, Portugal – Gareth Southgate mempertahankan John Stones dan Ross Barkley selepas kesilapan dua pemain itu menyebabkan England tumpas 1-3 kepada Belanda dalam separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah di sini, hari ini. Selepas mendahului menerusi sepakan penalti Marcus Rashford pada minit ke-32, England melakukan dua kesilapan ‘budak sekolah’ yang menyebabkan mereka dihukum dalam permainan waktu tambahan. Kesilapan pertama berlaku pada minit ke-97 apabila Stones seperti hilang fokus ketika membenarkan Memphis…










