KUALA LUMPUR – Seorang warga emas patah tulang bahu selepas kenderaan jenis Toyota Rush yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di susur masuk ke Bandar Baru Selayang arah Rawang, dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Zaharah Noor Mohd. Jaafar, 69, cedera akibat hentakan daripada kenderaan lain. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian berlaku selepas sebuah treler dari arah Rawang menuju…










