Kerajaan tanggung hutang SRC International - Utusan Malaysia

Kerajaan tanggung hutang SRC International

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) tidak pernah membuat pembayaran balik pinjaman RM4 bilion kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Afidah Azwa Abdul Aziz, keadaan itu menyebabkan kerajaan selaku penjamin kepada pinjaman itu terpaksa menanggung beban membayar balik pinjaman tersebut termasuk faedah.

“Baki prinsipal serta faedah pinjaman SRC International dengan KWAP yang masih perlu ditanggung oleh Kerajaan setakat bulan Mei 2019 adalah sebanyak RM4.15 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga kini, Kerajaan masih membayar hutang pinjaman SRC dengan KWAP dan bayaran akan diteruskan sehingga selesai bayaran balik secara penuh bagi prinsipal dan faedah,”katanya.

Terdahulu saksi berkenaan memaklumkan, SRC International gagal membuat pembayaran balik pinjaman RM4 bilion kerana akaun luar negara syarikat terbabit telah dibekukan.

Saksi pendakwaan ke-41 itu berkata demikian pada perbicaraan hari ke-28 perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini