MUAR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetap akan mempertahankan Raja-Raja Melayu, kedudukan orang Melayu dan kedaulatan Islam biarpun terdapat dakyah-dakyah yang disebarkan menerusi aplikasi Whatapps menggunakan isu perkauman dan agama untuk kepentingan politik. Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Salahuddin Ayub berkata, kerajaan pimpinan PH sentiasa akan mempertahankan kedaulatan dan perkara asas yang termaktub dalam perlembagaan negara. “Jangan dengar dakyah dan fitnah yang sentiasa disebarkan dalam ‘whatapps group’ kononnya…










