SEREMBAN – Kementerian Kewangan perlu menjelaskan kos spesifik pengambilalihan empat tol konsesi daripada syarikat Gamuda yang menelan belanja RM6.2 bilion. Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, beliau tidak melihatnya sebagai langkah strategik kerana kebanyakan konsesi tol lebuh raya berkenaan hampir tamat. Tegasnya, kerajaan perlu lebih telus menerangkan kepada rakyat setiap kos yang dibayar kepada syarikat dan memastikan manfaat terhadap pengambilalihan dinikmati pengguna terutamanya golongan B40. “Daripada empat lebuh raya…










