KEPALA BATAS – Kerajaan optimis sistem subsidi petrol secara bersasar terutama kepada golongan berpendapatan rendah atau B40 dapat dilaksanakan pada tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, buat masa ini kementeriannya dan Kementerian Kewangan telah menyiapkan memo bersama berhubung kajian mengenai pelaksanaan sistem itu untuk dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri dalam masa terdekat. “Di peringkat dua kementerian itu, kami telah…










