LANGKAWI – Kerajaan belum memuktamadkan cadangan membawa masuk tenaga kerja dari Afrika bagi sektor perladangan ke negara ini. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan dan kerajaan belum membuat apa-apa keputusan mengenainya. “Kita belum membuat apa-apa pemilihan pun setakat ini, hanya cadangan sahaja kerana saya berpendapat orang di Malaysia ramai, jadi tak payahlah bawa masuk warga asing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Rumah…









