KUALA LUMPUR – Keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara bersendirian memilih peguam Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut dibimbangi. Memetik portal Malaysiakini, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong tidak dapat menjawab persoalan pokok ketika ditanyakan perkara itu dengan mengatakan pelantikan tersebut dibuat dengan berlandaskan undang-undang. Tambahnya, Ini kerana isunya berkait janji Pakatan Harapan (PH)…










