MADRID – Eden Hazard mengakui keputusan meninggalkan Chelsea adalah sesuatu yang sangat sukar sambil menegaskan dia hanya mahu menyertai Real Madrid. Madrid menandatangani Hazard menerusi kontrak lima tahun menerusi perpindahan yang mencecah 140 juta euro (RM658.75 juta). Dalam satu ucapan di media sosial, Hazard memberitahu ia keputusan yang sukar untuk meninggalkan Stamford Bridge setelah tujuh tahun bersama pasukan itu. “Kepada rakan-rakan Chelsea dan keluarga, awak tahu saya akan menyertai Real…










