SESEORANG itu amat bergantung kepada keluarga untuk kekuatan, kasih sayang dan penjagaan. Sebagai contoh ketika masih kanak-kanak, seseorang itu sering melihat ibu bapa meluangkan masa bersama dan memastikan anak-anak mereka dibesarkan dalam persekitaran yang terbaik supaya sentiasa sihat dan gembira. Apabila umur ibu bapa semakin meningkat atau dikategori sebagai warga emas, peranan dalam konteks kekeluargaan bertukar.
Anak-anak pula memainkan peranan sebagai penjaga kepada golongan ini dan memberikan mereka penjagaan yang sebaiknya bagi memenuhi keperluan harian mereka.
Salah satu aspek penting dalam penjagaan ibu bapa yang lanjut usia adalah untuk mengenal pasti tanda-tanda penuaan dan mencari penyelesaian yang dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan sepenuhnya dan antaranya nutrisi serta senaman. Nutrisi dan senaman yang baik adalah penting untuk mereka menjalani hidup yang sihat dan aktif. Kajian menunjukkan bahawa sehingga sembilan daripada 10 dewasa yang lanjut usia tidak mengambil jumlah nutrisi harian yang disyorkan untuk mengamalkan kehidupan sihat dan aktif.
Menurut Perunding Geriatrik di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Shahrul Bahyah Kamaruzzaman, lazimnya ibu bapa yang lanjut usia mengaku bahawa mereka tidak mempunyai tenaga untuk menyertai aktiviti yang bermakna bersama ahli-ahli keluarga lebih muda. Dalam hal ini, anak-anak yang menjaga mereka perlu sedar tentang keadaan tersebut dan memberi ibu bapa sokongan dari segi pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal bagi mengekang kemerosotan otot.
“Kebanyakan orang tidak menyedari apabila usia mereka mencecah 40 tahun, seorang dewasa yang sihat akan kehilangan sehingga lapan peratus jisim otot mereka secara semula jadi setiap dekad. Selepas 70 tahun, kadar berkenaan akan meningkat sehingga 15 peratus. Keadaan tersebut tidak dapat dilihat secara fizikal sehinggalah mereka menyedari ibu bapa mereka tidak lagi mempunyai tenaga untuk menyertai aktiviti keluarga seperti bersama-sama seperti menyediakan hidangan makanan semasa musim perayaan, bercuti atau beriadah di taman,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kempen Penjaga Ensure Gold: Tenaga Untuk Saat-Saat Bermakna oleh Abbott.
Dalam pada itu, Pengarah Perubatan bagi perniagaan nutrisi di Abbott, Jose Rodolfo V Dimaano Jr memberitahu, kemerosotan otot boleh diperlahankan, dengan pemakanan yang betul.
“Justeru adalah penting bagi para penjaga untuk menyedari kepentingan ibu bapa mendapatkan nutrisi yang sesuai seperti protein, vitamin D serta ramuan yang membina tisu otot seperti HMB dalam diet harian mereka. HMB merupakan metabolit leusina, sejenis asid amino yang penting, dan ia juga terbukti dapat membantu memulihkan tenaga tubuh badan.
“Ensure Gold adalah nutrisi tambahan lengkap dan seimbang yang dirumus secara saintifik dengan HMB, campuran triple protein kompleks, kalsium, vitamin D dan 28 vitamin serta mineral bagi membantu meningkatkan tenaga dalam tempoh seawal lapan minggu,” jelasnya.











