Kenyataan pindaan Perlembagaan UMNO bersifat spekulatif - Annuar Musa - Utusan Malaysia

Kenyataan pindaan Perlembagaan UMNO bersifat spekulatif – Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Apa-apa kenyataan merujuk kepada pindaan Perlembagaan UMNO termasuklah khabar angin mengenai usaha melucutkan jawatan pemimpin yang didakwa di mahkamah adalah bersifat spekulatif dan pramatang serta tidak menggambarkan perkara sebenar.

Setiausaha Agung parti, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun tidak menafikan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mencadangkan satu usul melalui Perhimpunan Agung Khas pada November ini bagi meminda beberapa fasal tertentu dalam Perlembagaan UMNO.

Jelasnya, usaha itu bertujuan memperkemaskan lagi UMNO sesuai dengan tuntutan semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau pada masa sama berkata, proses itu masih di peringkat awal, iaitu mengutip pandangan dan syor akar umbi serta sayap-sayap parti oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan seorang Naib Presiden UMNO.

Annuar menambah, ia merupakan peringkat pertama daripada enam yang bakal dilalui sebelum sebarang pindaan dibawa ke Perhimpunan Agung Khas.

Katanya, peringkat lain termasuklah taklimat kepada jawatankuasa pengurusan, perbincangan peringkat MKT, taklimat cadangan MKT kepada bahagian-bahagian, keputusan akhir syor MKT dan Perhimpunan Agung Khas.

“Syor-syor akar umbi ini akan dibincang dan diteliti oleh MKT yang dijangka pada penghujung bulan ini dalam satu wacana harmoni (retreat) perjumpaan khas ahli MKT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Annuar berkata, ketika ini MKT belum memutuskan sebarang perkara spesifik berhubung pindaan.

“Sebarang cadangan MKT akan dibawa untuk taklimat kepada akar umbi sebelum dibentangkan di Perhimpunan Agung Khas nanti.

“Sebarang kenyataan yang merujuk kepada sebarang pandangan yang spesifik adalah bersifat spekulatif dan pramatang (premature) dan tidak menggambarkan perkara sebenar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini