HONG KONG 16 Jun – Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam kini bergelut dalam kerjayanya sebagai ahli politik selepas mengumumkan penangguhan Rang Undang-Undang (RUU) yang membolehkan mana-mana penduduk di wilayah ini yang terlibat dalam kes jenayah diekstradisi ke tanah besar China. Agensi berita AP melaporkan, kedudukan Lam mula goyah ketika beliau mengusulkan RUU tersebut sehingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran yang bertukar kepada rusuhan ganas di sekitar bandar raya ini pada minggu lalu. Selain itu, Lam juga dilihat bukan ‘calon kegemaran’ apabila beliau tidak dipilih secara langsung oleh penduduk untuk mentadbir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya