Baru tiga bulan negara digegarkan oleh fenomena bencana pencemaran udara daripada bahan kimia bertoksik melibatkan lebih 6,000 penduduk di sekitar Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, sekali lagi kejadian serupa berlaku di tempat yang hampir sama. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas isu ini menjelaskan bencana yang sama tidak seharusnya berulang, dan mereka yang melakukannya perlu diambil tindakan tegas. Saya bersetuju, bencana ini tidak sepatutnya berulang. Apabila kejadian…










